Monday, May 3, 2010

Tukar selera.......

Hari nie kita cuti makannnnnn... makan nasi le..
kita makan laksa Nyonya..mmmm
memang le sedapppp sangat...
nak makan laksa nie kena pakai Baju Kebaya
Nyonya Kerawang lagi.. siap manik dan labuci lagi
wahhhh.. hebat ......gitu..





























Bahan2 (8-10 orang)

15 tangkai cili kering
20 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1/2 in kunyit hidup
4 btg serai
1/2 cawan udang kering
(Semua nie dikisar halus)

1/2 kilo udang hidup- dikupas kulitnya
1.5 liter santan dpt 1 biji kelapa
garam seckup rasa.

daun kesum - di petik2
minyak utk menumis
2 kilo mee laksa- di celur
tauge - di bersihkan
5 keping tahu pok - dipotong2
20 biji fish ball, fish cake - dihiris
5 biji telus rebus - di belah (nenek tak letak)
1 btg timu - dihiris mcm laksa johor
sambil tumis (buatla sambil tumis udang - lagi sedap)


Cara2

1. panaskan minyak dan tumis bahan2 yg di kisar hingga garing. masukkan
udang hidup dan gaul rata.

2. masukkan santan, tahu pok, fish ball, fish cake, daun kesum , garam.masak
hingga mendidih.

3. Senang sangat nk buat kan... dan yg penting SEDAPPP..


Kek kukus 3 rasa














kek nie bila naik tinggi mengunung..
















Bahan2

250 g tepung naik sendiri (diayak)
220 g gula kastor
3 sb susu pekat
125 ml marjerin cair
125 ml susu segar
4 biji telur A
1/2 sb ovalette
1 sk pes pandan
1 sk pes strawberry
1 sk pes coklat/coklat emulco


Cara2

1. Sediakan air kukusan. didihkan. lengserkan loyang kek dgn mentega
dan taburkan sedikit tepung. Seelok2nya loyang di alas dgn kertas minyak
2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali majerin dan pes2) kedalam mangkuk
pengadun. Pukul hingga sebati. tetapi jgn sampai overbeat.
3. Masukkan marjerin cair tadi dan kaup belikkan perlahan2 dgn senduk kayu
atau spatula.
4. Kemudian bahagikan adunan kepada 4 bah. Campurkan dgn pes pandan,
pes trawberi, pes coklat dan satu bah lagi di biarkan kosong.
5. Tuangkan adunan ke dalam secara berselang seli
6. Tutup kan loyang dgn kertas foil.
7. Kukuskan selama 1 jam atau hingga masak
8. Sejukkan kek sebelum dipotong. jika ingin menyimpan lama, balutkan kek dgn
cling wrap/kertas plastik dan simpan didlm peti sejuk..


Selamat mencuba cucu2 nenek...



.

2 comments:

LILLIES AND LAVENDAR said...

hmm...sedapnye kek kukus,nenek ni...aduh dah terliur ni..alahai nenek bila nak jemput cucu ke teratak nenek...Gunung Ledang tu tak le jauh..hanya di depan mata nenek je ni...

mee laksa tu...spagheti ke?

SIREH JUNJUNG said...

cayang cucuku si bunya lily... meh le ke gua nenek yg usang nk roboh nie.. kita nyanyi.. nenek nenek sibongkok 3... he he he

laksa nyonya tu pakai mee laksa bukan spageti