Tuesday, December 22, 2009

SARAPAN APA TUUUUU

Pagi tadi nenek sarapan kacang phool... makanan arab
sedappppppppp...

sesekali tukar resepi.... jadi arab kita.. Ya habibi....















Tengok le telor mata lembu tu... tak terliur ke...














Ramai yang tanya resepinya.. nie dia nenek sertakan ya.
kalau orang singapura atau Johor mesti tahu makanan nie..

Resepi nie pun daripada Bro Rozzan.. tks


KACANG PHOOL(10-12orang)

Bahan2

500 gm kacang parang (rendam semalaman)
tapi nenek gunakan kacang parang yg di jual dalm tin
cap KIMBALL
150ml minyak masak
5 sudu besar minyak sapi
3 biji bawang besar (potong dadu)
3-4 sudu besar cili kering kisar
2 biji tomato buah (potong dadu)
300 gm daging lembu (kisar)
1 tin kecil tomato puri (kira2 70 gm)
2 sudu besar jintan manis (sangai & tumbuk halus)
1 sudu teh lada hitam serbuk
2 sudu teh garam (atau serbuk perasa)


Untuk taburan

secukup limau kasturi (dibelah dua)
secukup cili hijau (di potong dadu)
secukup bawang besar (dipotong dadu)
seckup telur mata lembu
roti perancis (dibakar sebentar) kalu tak ada roti biasa pun boleh


Cara:

1. Kacang parang direbus dgn secukup air sehingga empuk.
kemudian kisar sehingga 3/4 halus dgn menggunakan lebihan
air rebus tadi. Kalau suka, segenggam kacang ini dibiarkan
sebiji-sebiji.

2. Pansakan campuran minyak & minyak sapi didalam periuk.
tumis bawang besar sebentar lalu masukkan cili kering kisar.
Kacau dan masak sehingga cili garing lalu masukkan tomato
buah. Kemudian, masukkan daging kisar dan kacau lagi.
Kalau perlu bubuh sedikit air.

3. Seterusnya , masukkan kacang parang yg telah dikisar tadi.
Gaul/kacau rata2 lalu masukkan tomato puri, jintan manis, lada hitam,
dan garam. Kacau sehingga rata dan matikan api.

4. Hidangkan dengan cili hijau, bawang besar dadu, perahan limau kasturi,
telur mata lembu dan roti perancis yang di bakar..

5.. Akhirnya... kita makan ramai - ramai...

selamat mencuba dari nenek..

NIE DIA RUPA KACANG PARANG KIMBALL




















.

5 comments:

sheik said...

masakan apa ni nek...tak pernah rr makan bubur nie..nampak cam sedap..huhuhu

iBu...gUru said...

letak resipinya skali nek

SIREH JUNJUNG said...

sheik tak pernah makan ke... memang sedappppp.bukan bubur...ambik resepinya ya.

untuk ibu guru... nenek letakkan resepi nya ya.

iyya said...

Nek,
Assalamualaikum nek..
Ada tudung murah nek~
Tengok ye..
Comel nenek ni~
Makanan kat ats tu buat sy terliur..!
Hee.. ^_^

Seti@wan Dirgant@Ra said...

AKU JADI LAPER LIAT MAKANAN...

Salam kenal....
makasih banyak sudah mampir di blog saya.
Blognya banyak sangat...
Yang primer yang mana...
izin follow yah..