Tuesday, May 25, 2010

Buah tangan

Buah tangan untuk seseorang kat KL












































.

Sunday, May 23, 2010

Disini kita bersua

Ketika menghadiri wedding Amira (glingzglam)
terserempak dgn Wana (ilham beads)
Rozita (Zeta beads) dan bie (brilliant beads)

Wahh. bila dah jumpa... riuh sekampung...
dari duduk .. berdiri le pulak...dari dalam sampai
keluar pintu.. tak habis2 sembang...
Maklum le dh lama tak jumpa...
rindu pula nenek pada dia orang...


Untuk Amira Selamat Pengantin Baru semuga kekal hingga ke anak cucu
dan selamat memasuki alam berumah tangga... Semuga perjalanan mu akan sentiasa
di berkati dan di rahmati oleh Allah SWT... Aminn.


































Hasilan halus semanis jari
Lakaran bunga selembut sutera
Ungu menawan serupa di pemakai
Jalinan Ratnaku di beri nama..

Cewahhh.. nenek kalau berpantun.... atas bawah semua pukul sama rata..







































.

Kebangaan anak Johor

Melayan tekak.....sekadar yg ada....
mana daun kesum??dh kehabisan...
mana lobak asin nya??.. dah habis juga...
Disebabkan.. nak makan sangat... mmm
layan aja la bahan yg ada kat umah....






























Bahan-bahan ( 12-15 orang )

  • 1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
  • **Bahan A
  • - (direbus dan dimesin - asingkan) **
  • Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
  • udang basah 100gm
  • isi ikan kurau - 20 gram dibakar
  • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm

  • **Bahan B (dimesin)**
  • bawang besar - 3 biji
  • cili kering - 15 tangkai
  • halia - 2 ibu jari
  • lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
  • serai - 2 batang diketuk
  • asam keping - 4 keping
  • santan pekat 1 kotak / lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari
  • bawang putih -3/4 ulas

  • **Bahan Hias**
  • limau kasturi belah 2 dan buang biji
  • timun di racik halus
  • tauge buang ekor (segar)
  • jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
  • bawang besar hiris halus
  • Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus

  • ** Sambal Belacan

  • -lada merah 5/6 biji
  • -Belacan melaka - 30 gram dibakar
  • Bawang putih 3 biji kecil
  • Sedikit gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

  1. rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
  2. **Penyediaan kuah**
  3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
  4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
  5. masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
  6. masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
  7. masukkan asam keping
  8. tambah garam dan gula untuk rasa
  9. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
  10. **Sambal belacan**

Selamat mencuba


.

Kek lagi...

Musim makan choc moist memanjang.....






























.

Nak Lagi dan lagi

Menjamu anak2 buah dan dapatla
Fruit tart..
































.

Monday, May 10, 2010

Hari IBU... HARI MAK MAK KITA....

Rasanya belum terlewat nenek ingin mengucapakn Selamat Hari IBU
kepada ibu2.. mak2.. mama2..ummi2.. mak2 angkat.. mak2 tiri..
dan semua yg bergelar wanita .. walaupun yg belum menjadi seorang ibu
namun satu ketika.. itula panggilan yg akan di sebut oleh anak2 mu dikemudian hari.

Terlalu besar pengorbanan seorang IBU..
Sukar di ungkap dgn kata2.... namun doa anak yg soleh membuat
ketenangan damai dihati ibu2...

Mari dgr dodoi nenek...

KITA MUDAH LUPA.

Lupakah kita anak umpama
sehelai kain putih yang di corakkan dgn agama
dihias moral dalam dada

Lupakah kita anak akan pesan ibu dan bapa
sebelum ajalnya tiba

Lupakah kita akan pesan ibu dan bapa
buat baik berpada-pada
buat jahat jangan sekali

Lupakah kita kini kita telah dewasa
adakah ibu kita mencubit hingga terluka
ayah mencucuh api sehingga kudis menjadi buta
malah kita masih lagi bernyawa.

Lupahkah kita syura dan neraka pegangan kita
hari kiamat menjelang juga
jangan mudah berasa selesa
janji Tuhan itu pasti
hanya kita maha pelupa
setiap dosa pasti diseksa....

Tatapi la disini kita bermula...






Begitu juga terima kasih cucuku Azatie ku sayang..
terima kasih atas pemberian dari mu ...
Kesegaran bunga itu menyegarkan hati kita kepada ibu2 kita..
http://3.bp.blogspot.com/_06QPLmGmorI/S-Ws4sqJA4I/AAAAAAAACtc/hMNx_-n7aq4/s1600/1641756ti9vad7gfq.jpg

Nie dari cucu comelku.. Elly , sayangmu pada nenek.. terharu dgn keihklasan
terima kasih semua.. terima kasih atas ingatan..
Semuga hari ibu sama meriah dgn hari2 yg biasa terhadap ibu2 kita..

Salam sayang dari nenek...




Terima kasih sekali lagi dan Semuga IbU2 di luar sana.. gembira berdamping
dgn ibu yg tersayang

Friday, May 7, 2010

Musim makan...

Musim marble Sheila mambo
nenek jalan2 byk rumah dia org nie try
kek marble nie...
nenek pun teringin juga nk cuba...
tgk bahan senang dan nmpk mcm sedap aja..

mmmm rupanya memang le sedap...
sedap la.. hishhh memang le sedap














Yg nie saja2 minum ptg...nk jadi org potih jap...














Muffin kelapa...senang la.. senang sangat..






























Jemput makan semua... ala hai.. cian juga yg dh meleleh tu
nanti nenek suapkan dalam mimpi ya..


.

Monday, May 3, 2010

Mencuba nasib atau Dah nasib....




Salam cucu2 kesayangan nenek...
dah makan?.. dah ngeteh?.. dah masak?
dah habis jahit?.. dah habis deco?
dah puas berjalan?
pendik crita.. apa yg kita buat dapat mengembirakan
hati , dan jiwa raga..dan yg penting tak menyusahkan
orang lain dan ingat JANGAN menyakiti hati orang lain...

Nenek nk berkongsi crita ttng cucu yg hensem mensem nie..
Warna blog dahla merah mengaummmm ....
Gmbr dia pun kalau org2 lain tgk.... pasti bukan tengok aja
malah MENENUNG panjang sambil menjeling menjeling...

Nama dia Ben Ashaari... tapi mungkin nenek tukar nama
Jimi Asmara...boleh gitu Ben??

Apa2 pun nenek menjemput Ben singgah makan minum dan santai2 kat
rumah nenek ya.
Ben ni nk dtg umah nenek siap syarat... hishhh ada ke gitu...
namun dah nama cucu.. nenek layannnn aja la..


SYARAT2 NYA... ( Wah mcm nk beli kereta le pulak)

1. HEADER BEN ASHAARI PERLU ADA:-

SIAPPPP.

2.
KETERANGAN RINGKAS MENGENAI BLOG ANDA...

Rumah nenek nie..semua ada... masak ada? ADAAA!!!
minum ada? ADAAA!!!
baju ada? ADAAA!!!
kain ada? ADAAA!!!
bling2 ada? ADAAA!!!
glam2 ada? ADAAA!!!
vogue2 ada?ADAAA!!!

APA LAGI????.. NAK APA SEMUA ADAAA...

3.
APAKAH MENU ISTIMEWA DALAM BLOG ANDA, BERIKAN LINK NYA SEKALI .....

Istimewa dalam rumah nenek semuaa istimewa...
Yang ini lebih sikit istimewa... (http://fiza848.blogspot.com/2010/01/akhirnyaselesai.html)


4.
DARI MANA ANDA TAHU MENGENAI SEGMEN INI..LINK KAN SEKALI PADA NAMANYA...


erhmmm...sapa lagi rakan sejawat Ben... Cik Mat Gebu le (http:// tiffinbiru.blogspot.com) dan Kak Intan
(http://jariintanku blogspot.com).


Ok Ben.. Semuga terjahan Ben terhasil dgn sempurna dan sama2 kita
mendapat manafaat sesama insan...





Tukar selera.......

Hari nie kita cuti makannnnnn... makan nasi le..
kita makan laksa Nyonya..mmmm
memang le sedapppp sangat...
nak makan laksa nie kena pakai Baju Kebaya
Nyonya Kerawang lagi.. siap manik dan labuci lagi
wahhhh.. hebat ......gitu..





























Bahan2 (8-10 orang)

15 tangkai cili kering
20 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1/2 in kunyit hidup
4 btg serai
1/2 cawan udang kering
(Semua nie dikisar halus)

1/2 kilo udang hidup- dikupas kulitnya
1.5 liter santan dpt 1 biji kelapa
garam seckup rasa.

daun kesum - di petik2
minyak utk menumis
2 kilo mee laksa- di celur
tauge - di bersihkan
5 keping tahu pok - dipotong2
20 biji fish ball, fish cake - dihiris
5 biji telus rebus - di belah (nenek tak letak)
1 btg timu - dihiris mcm laksa johor
sambil tumis (buatla sambil tumis udang - lagi sedap)


Cara2

1. panaskan minyak dan tumis bahan2 yg di kisar hingga garing. masukkan
udang hidup dan gaul rata.

2. masukkan santan, tahu pok, fish ball, fish cake, daun kesum , garam.masak
hingga mendidih.

3. Senang sangat nk buat kan... dan yg penting SEDAPPP..


Kek kukus 3 rasa














kek nie bila naik tinggi mengunung..
















Bahan2

250 g tepung naik sendiri (diayak)
220 g gula kastor
3 sb susu pekat
125 ml marjerin cair
125 ml susu segar
4 biji telur A
1/2 sb ovalette
1 sk pes pandan
1 sk pes strawberry
1 sk pes coklat/coklat emulco


Cara2

1. Sediakan air kukusan. didihkan. lengserkan loyang kek dgn mentega
dan taburkan sedikit tepung. Seelok2nya loyang di alas dgn kertas minyak
2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali majerin dan pes2) kedalam mangkuk
pengadun. Pukul hingga sebati. tetapi jgn sampai overbeat.
3. Masukkan marjerin cair tadi dan kaup belikkan perlahan2 dgn senduk kayu
atau spatula.
4. Kemudian bahagikan adunan kepada 4 bah. Campurkan dgn pes pandan,
pes trawberi, pes coklat dan satu bah lagi di biarkan kosong.
5. Tuangkan adunan ke dalam secara berselang seli
6. Tutup kan loyang dgn kertas foil.
7. Kukuskan selama 1 jam atau hingga masak
8. Sejukkan kek sebelum dipotong. jika ingin menyimpan lama, balutkan kek dgn
cling wrap/kertas plastik dan simpan didlm peti sejuk..


Selamat mencuba cucu2 nenek...



.

Saturday, May 1, 2010

Angkut .. jgn tak angkut..

Kalau nak angkut.. tak cukup tangan..
jadi nenek dtg ambik award dari umah cucu ku
dgn trolly... senang tolak... trolly nie pulak asyik pusing2 aja
dia pun dah pening agaknya.. tak tahu jalan balik






Award dari Izam (Jaes Collection).
terima kasih izam... Tgk bunga izam cantik
seperti orang nya ya
Trolly nenek nie kecik le pulak....tak apa..
angkut le juga.

Izam nie merupakan seorang yg suka kumpul pinggan mangkuk
jenis english style.. cantik sangat dan nenek suka tgk umah Izam..
Semuga kesegaran bunga nie tetap segar untuk selamanya..
Kasih sekali lagi Izam.



.